Sunday, December 30, 2012

Kem Remaja Sinergi 3.0 :D


 Assalamualaikum :D

Rini teringin la nak cerita pengalaman Rini pergi Kem Remaja Sinergi (KRS 3.0) ni..
Tahun lepas kakak Rini ajak tapi Rini yg tak nak pergi..
Tahun ni nak try la..
Pamplet KRS 3.0
Tentatif
Kalau readers nampak.. Harga pergi kem ni RM80 saja.. Tak termasuk pengangkutan pergi dengan balik Murah je la..
Tempat kem muslimin(lelaki) dengan tempat kem muslimat(perempuan) asing..
Lelaki di Kem Murni, Gopeng dan perempuan di Eco Kandu, Gopeng.. Dekat2 je la..
Tempat kem Muslimat
Gambar ni ambil kat Google je.. hehe
First day kat kem ni, kitorang(peserta KRS 3.0) dah diberi tugasan untuk menghafal Surah At-Taubah ayat 41 dan hadis pertama dalam hadis 40.. Kitorang kena hafal semasa kem ni berlangsung..


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Rini nak cerita sikit apa yang best dalam tentatif ni..

Break Your Limit
Time ni kitorang diberi tugasan lagi... Tapi bukan menghafal la.. Menulis dan mengenal..
Time ni memang kitorang bergegas giler la sebab kitorang kena tulis nama, asal dan skola peserta lain dalam buku yg KRS bagi.. yang pasti nama2 tu orang yang baru kita kenal... Buku Rini memang lawa giler la dengan tulisan hampir cakar ayam.. Nasib baik boleh baca... Lagipun, kebanyakkan peserta kat kem ni sume kawan baru Rini.. Heheh.. :D Senang citer time ni peserta2 KRS 3.0 menjalani sesi perkenalan.. Lastly, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan beserta fasi.. Rini dapat dengan Kak Lenny dan Kak Shafiqah, diorang best tambah2 lagi Kak Shafiqah sebab dia ambil MEDIC.. Ada la Rini dapat sikit tentang MEDIC dengan dia.. :D

Salvaging The Soul
Time ni kitorang bangun awal and...... QIAMULLAIL..

Road Should Taken
Muslimin datang tempat kem kitorang *mcm ape je*... Diorang datang pun sebab nak sertai majlis ilmu bersama-sama... Sebelum start majlis ilmu tersebut kitorang nyanyi lagu tema...



Penceramah ialah Dr. Mohd Izzul.. Rasanya la.. tak sempat nak salin nama penuh dia.. hehe
Tajuk pengisian ni ialah GENERASI RABBANI :D
Banyak perkara yg Rini tak tau jadi tau..
Rini dpt kenal ramai remaja zaman Nabi Muhammad S.A.W yg berjihad demi Islam...
Antaranya :-
  • Muadz bin 'Afra (9 tahun- menyertai perang Badar)
  • Muadz bin Amr bin Jamuh (12 thn- menyertai perang Badar- mati syahid)
  • Anas bin Malik (12/15 thn- meriwayat 2368 hadis. WOW!!)
  • Abdullah Ibnu Abbas (15 thn- menjadi ulama'&mengajar di Masjid Nabawi)
I Am Fit
Yang ni la Rini nanti2kan.. hehe.. CAVING..
Penat tapi best.. Sambil caving kitorang ada task..
Fasi bagi soalan kitorang jawab.. Sambil2 jawab 2 adalah sembang2 dgn kawan baru..
Walaupun diorang tak minta balik bila da abis, Rini tetap juga jawab sebab tak tau nak buat apa..
Time caving ni ada naik.. ada turun yang penting ada merangkak.. Habis kasut Rini berdebu..
Anyway.. memang best masuk Gua Kandu :D

Daie Osem/ Malam Kebudayaan 
Time ni kumpulan Rini buat persembahan Dikir Barat..
Hahaha.. lawok la..
Tak pe la.. Kitorang da buat yang terbaik.. Susah tau nak berdikir ni..
Bagi Rini la..


Seconds to Ponder
Time for muhasabah.. Fasi memang hebat..
Lakonan diorang memang menusuk ke Qalbi.. cewaahh..
Tapi memang Rini menangis la..
1001 rasa je time 2.. Astaghfirullah..

Sampai sini je la Rini tulis untuk post kali ni.. Tulis banyak2 nanti readers yang boring..hehe
Kalau korang berminat.. Tahn depan boleh sertai.. Rini pun In shaa Allah nak masuk lagi.. :D
Assalamualaikum

Uhibbukum Fillah
Antum Syatirun
Best Blogger Tips

Wednesday, December 12, 2012

Refreshing :P

Assalamualaikum


Terlalu lama Rini meninggalkan blog ni.. *kesian kau wahai blog tersyg*
*sigh* byk betul yg berlaku dalam tahun 2012 ni.. 
Ada yg gembira, sedih mahupun mencabar.. Byk la senang citer..
Post Rini yg sebelum ni sudah hilang.. Ada error sikit..
Bila Rini renungkan kembali kisah 2012 ni.. wow.. memang tak dijangkan oleh akal Rini..
Who knows this will happened to me except Allah, right??
The GREAT PLANNER :D


Ermm... Okay.. The story in 2012..
Selama 2 bulan di SMK RPK, 6 bulan di SMKA Kerian.. Lastly, 3 months at SMAP Kajang.. Cukup 11 bulan kan?? Ni cuma anggaran je la..
Berhijrah la katakan.. Ada hikmahnya semua ni berlaku.. Asalkan semua kerja kita, niatkan kerana ALLAH.. 

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)
 
Walaupun Rini kehilangan kawan sekepala, hilang jawatan yg boleh banyakkan markah kokurikulum Rini, mungkin ini adalah ujian untuk Rini..
Bersangka baiklah dgn Allah.. Dia Maha Mengetahui..
Ramai yg cakap, hidup kita ibarat roda..
Kadang2 kita berada di atas, dgn kemewahan ke, pangkat ke.. anything..
Kadang2 kita berada di bawah, dgn kesedihan, kekecewaan, anything yg mendukakan..
Bukan namanya hidup kalau tidak mencabar kan??
Renung-renungkan..

Rini pun tak tahu nak cakap apa lagi..
Mungkin setakat ni saja la Rini tlis dalam post kali ni..
Maafkan Rini kalau ad typo or salah silap..
Rini hanya manusia biasa yg selalu melakukan kesalahan..

Antum syatirun..
Uhibbukum fillah abdan abada :)

 Assalamualaikum :)


Best Blogger Tips
Blowing In The Wind Pink And Green Flower Blowing In The Wind Pink And Green Flower